MINI Report: Square of Nine pada Bitcoin (BTC)

Berikut adalah contoh paling simple penggunaan Square of Nine pada pasaran Bitcoin (BTC). Eh, boleh guna juga pada market BTC eh? Of course boleh rakan trader sekalian. Jom kita selusurinya.

Oleh sebab Bitcoin (BTC) mempunyai digit yang agak besar iaitu 5 angka, maka sedikit adjustment perlu dilakukan pada pemilihan bilangan digit Square of Nine.

Maksudnya, harga BTC adalah 5 angka. Contoh 12750 kan ada 5 angka. Betul tak? Untuk mencapai kitaran 5 angka pada square of nine adalah tak praktikal. Sebab square of nine akan jadi sangat besar untuk mencapai angka 12750. Jadi saya akan ambil 3 angka di hadapan dan match pada square of nine.

Step 1 – Chart Bitcoin DAILY

Okay, dapat diperhatikan pada chart BTC yang semasa post ini ditulis harga adalah dalam kadar 127xx. Jadi adjustment pada Square of Nine dibuat pada range 3 angka di hadapan iaitu 127 dan abaikan nombor seterusnya yang dibelakang.

Step 2 – Apa yang perlu diperhatikan pada Square of Nine?

Pada square of Nine, marking dibuat pada setiap nombor pada sudut HORIZONTAL, VERTICAL dan juga DIAGONAL. Rujuk gambar di bawah ini di mana marking secara menurun telah dibuat iaitu 127, 121, 116, 111, 106, 101 dan seterusnya.

Nombor-nombor ini mewakili support dan resistance secara kasar. Bermaksud pada range inilah market BTC akan didagangkan. Untuk pastikan perkara ini, boleh buat marking pada chart. Oleh sebab BTC ada 5 angka, maka dari 3 angka ini perlu ditambah ’00’ pada hujungnya. Maka nombor yang dihasilkan dari Square of Nine akan jadi: 12700, 12100, 11600, 11100, 10600, 10100 dan seterusnya.

Step 3 – Mark di atas chart

Jadi, Square of Nine telah berikan statik support dan resistance yang baik untuk BTC. Garisan statik ini tetap akan berfungsi dengan baik walaupun untuk kegunaan pada masa akan datang. Oh ya, anda boleh cuba mark sendiri atas chart dan perhatikan historical data juga akan respond dengan baik pada semua level ini.

Anda Perlukan Video Penerangan?

Ya, telah saya beritahu sebelum ini. Agak sukar dan mencabar untuk faham Square of Nine dengan sekali bacaan. Jika boleh faham, Alhamdulillah anda antara golongan terpilih diberikan oleh Allah kefahaman mudah.

Namun, sekiranya perlu bantuan video untuk penerangan secara VISUAL. Juga langkah demi langkah tentang kaedah pemilihan DIGIT. Apa akan jadi bila pilih 2 digit berbanding 3 digit atau 4 digit? Adakah membawa kesan besar kepada analisa market?

Boleh klik gambar di bawah untuk pembelian video

0