MINI Report: Square of Nine pada Forex (GBPUSD)

October 7, 2020

Tak kurang yang bertanya kepada saya. Adakah Square of Nine boleh digunakan pada market Forex? Walaupun saya tak trade Forex atas sebab tertentu, namun saya tidaklah mendiskriminasikan mana-mana instrument. Be professional dan kita raikan perbezaan.

Saya akan cuba tunjuk contoh salah satu cara penggunaan Square of Nine pada market GBPUSD. Untuk pair lain, rakan trader semua boleh fahamkan post mini report ini dan cuba guna pada pair favourite masing-masing.

Harga quote untuk GBPUSD yang ditunjukkan pada chart adalah sebanyak 6 angka. Contoh 1.28285 ada 6 digit dengan abaikan titik perpuluhan. Adjustment akan dibuat supaya sesuai diguna pada Square of Nine. Jika tidak, perlukan lebih putaran nombor pada Square of Nine untuk sampai pada 128285.

Step 1 – Chart GBPUSD Daily

Dapat diperhatikan yang harga semasa GBPUSD pada masa post ini ditulis adalah sekitar 128xxx. Jadi adjustment akan dibuat pada Square of Nine dan hanya 3 digit pertama akan diambil iaitu 128.

Step 2 – Apa yang perlu diperhatikan pada Square of Nine?

Pada square of Nine, marking dibuat pada setiap nombor pada sudut HORIZONTAL, VERTICAL dan juga DIAGONAL. Rujuk gambar di bawah ini di mana marking telah dibuat iaitu 176, 169, 163, …, 139, 133, 127, 121, 116, … , 96, 91 dan seterusnya.

Nombor-nombor ini mewakili support dan resistance secara kasar. Bermaksud pada range inilah market GBPUSD akan didagangkan. Untuk pastikan perkara ini, boleh buat marking pada chart. Oleh sebab BTC ada 5 angka, maka dari 3 angka ini perlu ditambah ‘000’ pada hujungnya. Kemudian, kembalikan titik perpuluhan. Maka nombor yang dihasilkan dari Square of Nine akan jadi: 1.76000, 1.69000, 1.63000, …, 1.39000, 1.33000, 1.27000, 1.21000, 1.16000, … , 0.96000, 0.91000 dan seterusnya.

Step 3 – Mark di atas chart

Ini adalah marking atas chart berdasarkan nombor yang dihasilkan dari Square of Nine. Dapat diperhatikan garisan tersebut telah berfungsi sebagai range support dan resistance pada market GBPUSD. Lebih mengujakan adalah, jika kita teruskan marking berdasarkan nombor yang dihasilkan oleh Square of Nine. Pergerakan historical market sebelum ini pun akan react dengan baik pada garisan-garisan ini.

Walaupun garisan-garisan ini dilukis pada chart kosong, kemudian baru dimasukkan bar chart atau candlestick chart. Tetap akan kelihatan market akan respect setiap garisan yang dibuat hasil dari Square of Nine. Ini bermaksud, market akan sentiasa respond terhadap garisan support dan resistance STATIK yang dihasilkan oleh Square of Nine.

Anda Perlukan Video Penerangan?

Ya, telah saya beritahu sebelum ini. Agak sukar dan mencabar untuk faham Square of Nine dengan sekali bacaan. Jika boleh faham, Alhamdulillah anda antara golongan terpilih diberikan oleh Allah kefahaman mudah.

Namun, sekiranya perlu bantuan video untuk penerangan secara VISUAL. Juga langkah demi langkah tentang kaedah pemilihan DIGIT. Apa akan jadi bila pilih 2 digit berbanding 3 digit atau 4 digit? Adakah membawa kesan besar kepada analisa market?

Boleh klik gambar di bawah untuk pembelian video

KEKAL BERHUBUNG

Hubungi Kami

TELEGRAM ADMIN...

https://t.me/IAFTAdmin