MINI Report: Square of Nine pada Crude Oil Futures (CL)

October 8, 2020

Crude Oil Futures adalah instrument popular yang didagangkan di pasaran New York (NYMEX). Walaupun kelihatan ganas dan pergerakan pasaran Crude Oil ini sukar dijangka. Most of the time, ia akan patuh juga kepada level-level yang dihasilkan oleh Square of Nine. Macam mana nak guna Square of Nine pada market yang liar ini? Mari kita cuba.

Step 1 – Chart Crude Oil Futures (CL) Daily

Berdasarkan chart Crude Oil Futures di atas, pada waktu post ini ditulis ia didagangkan pada harga sekitar 40.xx bermaksud ada 4 digit pada harga di atas chart. Untuk sesuaikan pada Square of Nine, sedikit adjustment perlu dibuat pada price. Hanya 2 digit pertama sahaja diambil bagi memudahkan pengiraan.

Step 2 – Apa yang perlu diperhatikan pada Square of Nine?

Pada square of Nine, marking dibuat pada setiap nombor pada sudut HORIZONTAL, VERTICAL dan juga DIAGONAL. Rujuk gambar di bawah ini di mana marking telah dibuat iaitu 53, 49, 46, … , 37, 34, 28, 25, 23 dan seterusnya.

Nombor-nombor yang dilabelkan dengan warna merah ini akan mewakili level major support dan resistance pada market Crude Oil Futures. Dalam kata lain, market ini akan didagangkan pada zone harga sekitar level-level ini. Setelah dapat nombor yang diperlukan. Bolehlah diguna data yang ada untuk dibuat marking atas chart.

Sebelum marking, perlu dijadikan dulu nombor ini kepada 4 digit semula. Tambahkan 2 sifar ’00’ pada hujung setiap nombor yang dihasilkan oleh Square of Nine. Juga kembalikan titik perpuluhan seperti asalnya menjadikan nombor-nombor adalah seperti berikut: 53.00, 49.00, 46.00, … , 37.00, 34.00, 28.00, 25.00, 23.00 dan seterusnya.

Step 3 – Mark di atas chart

Dapat dilihat pada chart di atas. Selepas diletakkan garisan support dan resistance yang dihasilkan oleh Square of Nine. Market Crude Oil Futures ini masih memberikan respond yang baik dan respect setiap kali market bergerak ke arah garisan yang dihasilkan oleh Square of Nine.

Level ini akan sentiasa berfungsi jadi level support dan resistance yang statik dan kuat untuk Crude Oil Futures. Bermaksud pada masa lalu mahupun pada masa akan datang, market tetap akan memberikan respond pada zone dan level support resistance yang sama.

Anda Perlukan Video Penerangan?

Ya, telah saya beritahu sebelum ini. Agak sukar dan mencabar untuk faham Square of Nine dengan sekali bacaan. Jika boleh faham, Alhamdulillah anda antara golongan terpilih diberikan oleh Allah kefahaman mudah.

Namun, sekiranya perlu bantuan video untuk penerangan secara VISUAL. Juga langkah demi langkah tentang kaedah pemilihan DIGIT. Apa akan jadi bila pilih 2 digit berbanding 3 digit atau 4 digit? Adakah membawa kesan besar kepada analisa market?

Boleh klik gambar di bawah untuk pembelian video

KEKAL BERHUBUNG

Hubungi Kami

TELEGRAM ADMIN...

https://t.me/IAFTAdmin