Crude Palm Oil Futures (FCPO) adalah instrument yang tak asing lagi bagi trader di Malaysia. Ia juga produk yang mendapat status patuh Shariah dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) berdasarkan Resolution Shariah Advisory Council (SAC). Bagaimana Square of Nine boleh membantu dalam menentukan level support dan resistance untuk market FCPO? Boleh ke guna dekat market Futures di Malaysia yang banyak gap?
Sudah tentu boleh. Square of Nine adalah tools yang universal. Ia boleh diguna pada apa-apa juga market sama ada yang terlukis atas chart atau yang tiada chart sekalipun.
Step 1 – Chart Crude Palm Oil Futures (FCPO) Daily
Berdasarkan chart di atas, semasa post ini dituliskan FCPO didagangkan pada harga sekitar 2750. FCPO mempunyai quote harga sebanyak 4 angka. Maka kita akan cuba buat adjustment pada Square of Nine kepada 2 angka.
Step 2 – Apa yang perlu diperhatikan pada Square of Nine?
Pada square of Nine, marking dibuat pada setiap nombor pada sudut HORIZONTAL, VERTICAL dan juga DIAGONAL. Rujuk gambar di bawah ini di mana marking telah dibuat iaitu 37, 34, 28, 25, 23 dan seterusnya.
Nombor-nombor yang diwarnakan hijau dalam Square of Nine ini adalah mewakili zone support dan resistance pada market FCPO. Pada range zone inilah market FCPO akan didagangkan. Sebelum buat marking atas chart, perlu dilakukan adjustment semula pada nombor ini supaya sesuai dengan harga FCPO. Oleh itu, nombor yang dihasilkan oleh Square of Nine perlu ditambah ’00’ dibelakang untuk menjadikan ia 4 angka semula. Maka nombornya akan jadi: 3700, 3400, 2800, 2500, 2300 dan seterusnya.
Step 3 – Mark di atas chart
Gambar di atas adalah marking yang dibuat pada chart FCPO berdasarkan nombor yang didapati dari Square of Nine. Nombor-nombor ini akan bertindak sebagai support dan resistance yang statik untuk FCPO. Dapat diperhatikan juga yang range ini semakin mengecil bila harga semakin kecil dan membesar bila harga semakin besar.
Jadi terdapat dinamik harga yang dimainkan pada Square of Nine ini. Cuba lihat range 1900, 2100, 2300 adalah lebih kecil berbanding range 2500, 2800 dan 3100 yang mana pergerakannya lebih besar. Adakah ia kebetulan?
Anda Perlukan Video Penerangan?
Ya, telah saya beritahu sebelum ini. Agak sukar dan mencabar untuk faham Square of Nine dengan sekali bacaan. Jika boleh faham, Alhamdulillah anda antara golongan terpilih diberikan oleh Allah kefahaman mudah.
Namun, sekiranya perlu bantuan video untuk penerangan secara VISUAL. Juga langkah demi langkah tentang kaedah pemilihan DIGIT. Apa akan jadi bila pilih 2 digit berbanding 3 digit atau 4 digit? Adakah membawa kesan besar kepada analisa market?
Boleh klik gambar di bawah untuk pembelian video