MINI Report: Square of Nine pada Stock (Facebook)

October 8, 2020

Mungkin ada rakan trader yang tertanya-tanya. Adakah Square of Nine boleh diguna juga pada stock trading? Ya, tiada masalah untuk gunakan pada apa juga market. Square of Nine adalah universal tools. Cuma kena tahu terlebih dahulu cara penggunaannya.

Saya akan cuba untuk gunakan cara paling simple gunakan Square of Nine untuk define support dan resistance pada stock Facebook. Ya ada beratus-ratus stock yang ada di dalam dunia ini. Saya hanya random pick pada stock yang popular. Rakan pembaca boleh fahamkan post mini report ini dan cuba apply pada stock favourite masing-masing.

Step 1 – Chart Facebook Daily

Berdasarkan chart Facebook di atas, semasa post ini ditulis price quote untuk market stock Facebook adalah 261.90 iaitu ada 5 angka di situ. Dalam Square of Nine, untuk mencapai 5 angka ini perlukan pergerakan pusingan yang besar. Seterusnya menjadikannya tak praktikal. Sedikit adjustment perlu dibuat pada harga iaitu hanya ambil 2 angka pertama sahaja.

Step 2 – Apa yang perlu diperhatikan pada Square of Nine?

Pada square of Nine, marking dibuat pada setiap nombor pada sudut HORIZONTAL, VERTICAL dan juga DIAGONAL. Rujuk gambar di bawah ini di mana marking telah dibuat iaitu 37, 34, 31, …, …, 21, 19, 17 dan seterusnya.

Semua nombor yang ditandakan dengan warna hijau adalah mewakili support dan resistance yang responsive kepada stock Facebook. Untuk mengesahkan perkara ini, penandaan di atas chart boleh dibuat. Sebelum itu, digit ini perlu diubah semula menjadi 5 angka. Supaya boleh disesuaikan dengan chart Facebook.

Maka semua nombor yang dihasilkan oleh Square of Nine perlu ditambah tiga sifar dihujung ‘000’ dan kembalikan juga titik perpuluhan pada kedudukan asalnya. Ia menjadikan nombor: 370.00, 340.00, 310.00, …, …, 210.00, 190.00, 170.00 dan seterusnya.

Step 3 – Mark di atas chart

Bukanlah Mark Zukebek ada atas chart walaupun kita sedang mengkaji stock Facebook. 🙂 Maksudnya penandaan akan dibuat pada chart Facebook.

Dapat dilihat pergerakan market pada historical chart mematuhi garisan-garisan yang dihasilkan oleh Square of Nine ini. Pergerakan market akan datang juga akan patuh kepada garisan support dan resistance yang statik ini. Okay, kalau macam tu mesti market akan patuh juga pada historical yang lama-lama. Ya betul, marking telah dibuat sehingga ke angka 2 pada Square of Nine dan chart Facebook telah di zoom out sehingga historical maksimum. Jom lihat hasilnya:

Menarik bukan? Dari Facebook baru di senaraikan pada exchange, sehingga waktu kini. Level yang sama bertindak balas berulang kali.

Anda Perlukan Video Penerangan?

Ya, telah saya beritahu sebelum ini. Agak sukar dan mencabar untuk faham Square of Nine dengan sekali bacaan. Jika boleh faham, Alhamdulillah anda antara golongan terpilih diberikan oleh Allah kefahaman mudah.

Namun, sekiranya perlu bantuan video untuk penerangan secara VISUAL. Juga langkah demi langkah tentang kaedah pemilihan DIGIT. Apa akan jadi bila pilih 2 digit berbanding 3 digit atau 4 digit? Adakah membawa kesan besar kepada analisa market?

Boleh klik gambar di bawah untuk pembelian video

KEKAL BERHUBUNG

Hubungi Kami

TELEGRAM ADMIN...

https://t.me/IAFTAdmin